Picture

Assalamualaikum w.b.t

Bumi Mansurah sememangnya mempunyai lipatan sejarahnya yang tersendiri. Bumi yang penuh barakah ini juga merupakan pusat warisan ilmu beberapa ulama' terkenal di bumi Mesir. Kedatangan mahasiswa Malaysia yang pertama ditempatkan di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah seawal tahun 1992 merupakan perintis generasi pewaris ilmu tinggalan para ulama'.

1992

Tanggal 3 Januari 1992, bumi Mansurah mengukir sejarah apabila menerima kehadiran seramai 99 orang mahasiswa Malaysia sebagai delegasi asing yang pertama bagi meneruskan pengajian di Universiti al-Azhar. Seramai 39 orang mahasiswa ditempatkan di Murur manakala 60 orang mahasiswi ditempatkan di kuliah banat al-Azhar, Talkha.

1993

Penubuhan markaz ikhwah yang pertama bertempat di Syari' Zahra', Murur. Pada tahun ini juga pembukaan penempatan awal untuk mahasiswa dan mahasiswi dibuka bertempat di kawasan Murur, Madinat Salam, Talkha dan Muhafazah.

Disember : Suara Kampus Edisi Mansurah ( SKEMA ) yang pertama berjaya diterbitkan.


1994

Jumlah pelajar Malaysia di Mansurah semakin meningkat. Pada tahun ini juga bermulanya kemasukan mahasiswa ke kuliah Lughah Arabiah.

Mei : Perpindahan kuliah mahasiswi dari Talkha ke Misr Toiran Kafr Badamas seterusnya membuka penempatan baru bagi mahasiswa/wi – Jalan keretapi di kawasan Dirasat ditutup.

1995

4 Julai : Satu catatan sejarah yang tidak dapat dilupakan apabila Mansurah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan konvensyen DPM yang pertama. Segala persiapan telah dibuat, namun segalanya dibatalkan di saat-saat akhir apabila berlaku campur tangan daripada beberapa pihak. Namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat juang mahasiswa dan mahasiswi di Mansurah. Lantas satu Mini Konvensyen telah diadakan pada tanggal 30 Julai 1995.

1996

Seramai 6 orang siswi telah menamatkan pengajian dan merupakan graduanita sulung yang berjaya dikeluarkan.

1997

September : Malam Anugerah Mahasiswa yang pertama diadakan, dan dikenali sebagai Prisma Alumni pada tahun berikutnya.

1998

Seramai 56 orang graduanita berjaya dilahirkan dan 6 orang daripada mereka berjaya mendapat pangkat baik.

8 Ogos : Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa II berlangsung di Dewan Umi Kalsum yang menghimpunkan seluruh mahasiswa dan mahasiswi daripada setiap Dewan Perwakilan Mahasiswa. Pada ketika itu satu resolusi dengan pakatan dan persetujuan telah dicapai.

1999

Pelancaran satu unit khas iaitu Unit Madrasah Duat ( UMAD ). Pada tahun ini juga buat kali kedua Album Nostalgia untuk ikhwah berjaya diterbitkan dengan memuatkan segala butiran setiap individu, bertujuan agar ikatan persaudaraan yang terjalin tidak terbatas di bumi Mesir sahaja, malah berlanjutan hingga pulang ke tanahair.

2000

Tahun ini menyaksikan jumlah ahli DPMM semakin bertambah. Kehadiran mahasiswa dan mahasiswi baru pada November yang menjangkau 285 orang, merupakan rekod tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

2001

Menyertai Ihtifal Sab'in Sanah ( IHSAS ) anjuran PMRAM pada bulan April dan telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan pameran yang dianjurkan.

Bekerjasama dengan Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ) Negeri Sembilan serta DPM Iskandariah untuk menghasilkan kad raya gabungan sempena Syawal tahun 1422 Hijrah.

2002

Mengendalikan majlis korban sumbangan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Kedutaan Malaysia yang menggabungkan DPM Mansurah , DPM Zaqaziq dan DPM Dumyat.

Menyambut ketibaan delegasi dari Malaysia yang mewakili bahagian keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Bertempat di Nadi Attiba', telah diadakan satu program khas berbentuk penerangan mengenai keselamatan dan ancaman yang berlaku di Malaysia.

Menerima kehadiran mahasiswi perintis bagi fakulti pengajian Takhassus Qiraat seramai 4 orang.

2003

Menerima kehadiran tetamu istimewa dari Malaysia iaitu Ustaz Kamal Ashaari yang merupakan individu yang terlibat secara langsung di dalam penubuhan DPMM bersama Yang Berhormat Ustaz Solihin Muhyi.

Menganjurkan Ihtifal Dasawarsa Mansurah ( IDAMAN ) yang bertempat di Dewan Umi Kalsom.

2004

Pada tahun ini, sasaran DPMM 2004-2009 berjaya dihasilkan melalui program Interaksi al-Ward yang memfokuskan kepada lima sudut iaitu akademik, thaqafah, kemahiran dan penyampaian maklumat, ekonomi dan kemasyarakatan.

2005

Menerima kehadiran 7 orang siswa dan 11 orang siswi kuliah perubatan tahun pertama cawangan Mansurah. Berikutan pertambahan yang berlaku, jumlah ahli DPMM meningkat sehingga 535 orang.

2006

Sambutan Ihtifal Keluarga Anak Mansurah ( IRAMA 06 ) telah berjaya dilaksanakan bagi mengeratkan lagi keakraban dan silaturrahim semua ahli DPMM.

2007

Mac: Menganjurkan Karnival Semarak Mahasiswa ( KARISMA 07 ) sempena meraikan ulangtahun ke-15 DPMM.

4 & 5 Ogos : sekali lagi DPMM menjadi tempat pertemuan seluruh ahli cawangan yang bernaung dibawah PMRAM melalui Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi III yang berjaya dilaksanakan di Nadi Zahabiah, Mansurah.

Dengan bertemakan “Mendepani Ummah“, beberapa resolusi telah disepakati. Sejarah Kita 15 Tahun ( SEJAK 15 TAHUN ) merupakan medan perbincangan yang merangkumi pelbagai aspek bagi meningkatkan kematangan idealisme kemahasiswaan dalam mendepani cabaran semasa dan isu globalisasi sedunia.

DPMM mencatat sejarah apabila berjaya melahirkan seramai 6 orang graduan dan 45 orang graduanita dengan memperolehi pangkat tertinggi amat baik.

2008

Oktober : DPM Mansurah menerima kehadiran dan kunjungan dari Duta Kamus Miftah Nazrey Johari dalam lawatan promosi kamus Al Miftah di Mesir.

2009

Doto' Hassan Mohd Ali (Exco Kerajaan Selangor) telah datang ke DPJA untuk bertemu dengan anak-anak Selangor di Mansurah dan memberi kata-kata semangat untuk mahasiswa/wi.

DPM Mansurah menerima kunjungan istimewa daripada Ahli Parlimen Baling , Yb Ustaz Taib Azzamuddin.

Dalam saingan Piala Malaysia, Mansurah telah mara ke final dan menduduki tempat kedua selepas tumpas kepada Kelantan. Dalam saingan ini , Mansurah telah dinobatkan untuk menerima Anugerah Khas iaitu Fair Play.

2010

Mac : Isu mahasiswi-mahasiswi Qiraat tahun satu yang tidak dapat menduduki peperiksaan Al Azhar mendapat perhatian dan liputan akhbar di Malaysia.

April : Isu perpindahan dan pemusatan pelajar wafidin (asing) cawangan ke Kaherah menjadi isu hangat di Mesir. Beberapa tindakkan dan langkah bantahan menandakan ketidakpuasan hati terhadap perpindahan dan pemusatan wafidin cawangan ke Kaherah.

TEMAN 10 (Temasya Usrah Mansurah 2010) dan Sinergi 10 berjaya diadakan dengan melibatkan gabungan Muzakarah Berkelompok

Pada tahun 2010 , DPM Mansurah telah menerima kunjungan Syeikh Asyaraf Hasanain (Imam II Masjid Al Azhar sebanyak dua kali.

2011

Januari dan Feb : Krisis Revolusi 25 Januari telah memaksa seluruh ahli DPM Mansurah pulang ke Malaysia.

April : Program Syukur Bersama PMRAM atas nikmat dan peluang yang diberikan oleh Allah untuk menjejaki kembali ke Mesir setelah peristiwa 25 Januari.

DPM Mansurah telah menjemput Syeikh Mustafa An Nadawi untuk memberikan Muhadharah Ammah sempena kedatangan Ramadhan.


0 Response for the "Kronologi DPM Mansurah 1992 - 2012"

Photobucket