Picture

Sejarah al-Azhar secara umum

Al-Azhar adalah sebuah universiti Islam pertama di dunia yang telah diasaskan oleh Khalifah Aziz Billah. Masjid Al-Azhar telah dimulakan pembinaannya pada tanggal 4 April 970 M di ibu negara Mesir, Kota Kaherah. Kerja-kerja pembinaannya selesai pada hari Jumaat 22 Jun 972 M. Pada tahun 988 Masihi seorang wali kerajaan Abbasiyyah di Mesir - Yaakub bin Kals telah mencadangkan kepada pemerintah zamannya iaitu Khalifah Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai sebuah Jamiah (universiti) yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Pelajar Melayu telah mula merantau ke Al-Azhar sejak tahun 1918 lagi. Sejarah perjuangan penuntutan ilmu di kalangan pelajar-pelajar Melayu di Mesir telah berpusat di Kaherah daripada tahun 1918 sehinggalah ke tahun 1991 apabila 18 orang mahasiswi mula dihantar ke cawangan Al Azhar di Iskandariah. Ini bermakna perjuangan pelajar-pelajar Melayu terutamanya pelajar-pelajar daripada tanah nusantara sehinggalah pelajar Malaysia kini telah berpusat di Kaherah selama 73 tahun sebelum mereka dipecahkan ke muhafazah-muhafazah (cawangan) yang pelbagai bermula tahun 1991 dan 1992 kepada 4 muhafazah iaitu Damanhur, Tanta, Shibin el Kom dan Mansurah. Pada tahun 1994 pula, Mahasiswa Malaysia telah dihantar ke 2 buah muhafazah lain iaitu Dumyat dan Zaqaziq.

Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah

Universiti Al-Azhar Mansurah adalah salah satu cawangan dari Universiti Al-Azhar yang berpusat di Kaherah.Bermula pada tahun 1992, penghijrahan pelajar Malaysia ke bumi Mansurah membawa seribu kenangan pahit manis yang tidak dapat dilupakan. Al-Azhar Mansurah menyediakan dewan kuliah bagi siswa dan siswi secara berasingan.

Fakulti siswa bertempat di sebelah Murur manakala fakulti siswi bertempat di Dirasat. Menyentuh mengenai sistem pembelajaran di Universiti Al-Azhar Mansurah, terdapat perbezaan antara Universiti Al-Azhar dan universiti tempatan di Malaysia. Dari sudut bahasa,bahasa penghantar yang digunakan adalah bahasa Arab sepenuhnya. Manakala sukatan pelajaran adalah sama dengan pelajar Arab lain dan tidak wujud perbezaan antara pelajar asing dan pelajar tempatan.

Pada setiap hari kuliah akan dijalankan melainkan pada hari Jumaat. Jika ditinjau, seawal jam 8.30 pagi sudah ramai siswa dan siswi yang berpusu-pusu menuju ke kuliah masing-masing bagi mengutip mutiara hikmah yang akan diajarkan oleh Doktor di kuliah sehinggalah lewat jam 3 petang.

Kesungguhan ini menjadi medan ujian bagi ikhwah mahupun akhawat yang bakal bergelar graduan Al-Azhar walaupun terpaksa berhadapan perubahan cuaca yang bermusim di bumi Anbiya' ini. Bidang pengajian yang ditawarkan di Universiti Ál-Azhar Mansurah ialah Fakulti Usuluddin dan Fakulti Bahasa Arab bagi siswa. Manakala bagi siswi pula Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang meliputi Jabatan Usuluddin, Jabatan Bahasa Arab dan Jabatan Syariah Islamiyah.

Assalamualaikum w.b.t

Bumi Mansurah sememangnya mempunyai lipatan sejarahnya yang tersendiri. Bumi yang penuh barakah ini juga merupakan pusat warisan ilmu beberapa ulama' terkenal di bumi Mesir. Kedatangan mahasiswa Malaysia yang pertama ditempatkan di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah seawal tahun 1992 merupakan perintis generasi pewaris ilmu tinggalan para ulama'.

1992

Tanggal 3 Januari 1992, bumi Mansurah mengukir sejarah apabila menerima kehadiran seramai 99 orang mahasiswa Malaysia sebagai delegasi asing yang pertama bagi meneruskan pengajian di Universiti al-Azhar. Seramai 39 orang mahasiswa ditempatkan di Murur manakala 60 orang mahasiswi ditempatkan di kuliah banat al-Azhar, Talkha.

1993

Penubuhan markaz ikhwah yang pertama bertempat di Syari' Zahra', Murur. Pada tahun ini juga pembukaan penempatan awal untuk mahasiswa dan mahasiswi dibuka bertempat di kawasan Murur, Madinat Salam, Talkha dan Muhafazah.

Disember : Suara Kampus Edisi Mansurah ( SKEMA ) yang pertama berjaya diterbitkan.


1994

Jumlah pelajar Malaysia di Mansurah semakin meningkat. Pada tahun ini juga bermulanya kemasukan mahasiswa ke kuliah Lughah Arabiah.

Mei : Perpindahan kuliah mahasiswi dari Talkha ke Misr Toiran Kafr Badamas seterusnya membuka penempatan baru bagi mahasiswa/wi – Jalan keretapi di kawasan Dirasat ditutup.

1995

4 Julai : Satu catatan sejarah yang tidak dapat dilupakan apabila Mansurah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan konvensyen DPM yang pertama. Segala persiapan telah dibuat, namun segalanya dibatalkan di saat-saat akhir apabila berlaku campur tangan daripada beberapa pihak. Namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat juang mahasiswa dan mahasiswi di Mansurah. Lantas satu Mini Konvensyen telah diadakan pada tanggal 30 Julai 1995.

1996

Seramai 6 orang siswi telah menamatkan pengajian dan merupakan graduanita sulung yang berjaya dikeluarkan.

1997

September : Malam Anugerah Mahasiswa yang pertama diadakan, dan dikenali sebagai Prisma Alumni pada tahun berikutnya.

1998

Seramai 56 orang graduanita berjaya dilahirkan dan 6 orang daripada mereka berjaya mendapat pangkat baik.

8 Ogos : Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa II berlangsung di Dewan Umi Kalsum yang menghimpunkan seluruh mahasiswa dan mahasiswi daripada setiap Dewan Perwakilan Mahasiswa. Pada ketika itu satu resolusi dengan pakatan dan persetujuan telah dicapai.

1999

Pelancaran satu unit khas iaitu Unit Madrasah Duat ( UMAD ). Pada tahun ini juga buat kali kedua Album Nostalgia untuk ikhwah berjaya diterbitkan dengan memuatkan segala butiran setiap individu, bertujuan agar ikatan persaudaraan yang terjalin tidak terbatas di bumi Mesir sahaja, malah berlanjutan hingga pulang ke tanahair.

2000

Tahun ini menyaksikan jumlah ahli DPMM semakin bertambah. Kehadiran mahasiswa dan mahasiswi baru pada November yang menjangkau 285 orang, merupakan rekod tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

2001

Menyertai Ihtifal Sab'in Sanah ( IHSAS ) anjuran PMRAM pada bulan April dan telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan pameran yang dianjurkan.

Bekerjasama dengan Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ) Negeri Sembilan serta DPM Iskandariah untuk menghasilkan kad raya gabungan sempena Syawal tahun 1422 Hijrah.

2002

Mengendalikan majlis korban sumbangan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Kedutaan Malaysia yang menggabungkan DPM Mansurah , DPM Zaqaziq dan DPM Dumyat.

Menyambut ketibaan delegasi dari Malaysia yang mewakili bahagian keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Bertempat di Nadi Attiba', telah diadakan satu program khas berbentuk penerangan mengenai keselamatan dan ancaman yang berlaku di Malaysia.

Menerima kehadiran mahasiswi perintis bagi fakulti pengajian Takhassus Qiraat seramai 4 orang.

2003

Menerima kehadiran tetamu istimewa dari Malaysia iaitu Ustaz Kamal Ashaari yang merupakan individu yang terlibat secara langsung di dalam penubuhan DPMM bersama Yang Berhormat Ustaz Solihin Muhyi.

Menganjurkan Ihtifal Dasawarsa Mansurah ( IDAMAN ) yang bertempat di Dewan Umi Kalsom.

2004

Pada tahun ini, sasaran DPMM 2004-2009 berjaya dihasilkan melalui program Interaksi al-Ward yang memfokuskan kepada lima sudut iaitu akademik, thaqafah, kemahiran dan penyampaian maklumat, ekonomi dan kemasyarakatan.

2005

Menerima kehadiran 7 orang siswa dan 11 orang siswi kuliah perubatan tahun pertama cawangan Mansurah. Berikutan pertambahan yang berlaku, jumlah ahli DPMM meningkat sehingga 535 orang.

2006

Sambutan Ihtifal Keluarga Anak Mansurah ( IRAMA 06 ) telah berjaya dilaksanakan bagi mengeratkan lagi keakraban dan silaturrahim semua ahli DPMM.

2007

Mac: Menganjurkan Karnival Semarak Mahasiswa ( KARISMA 07 ) sempena meraikan ulangtahun ke-15 DPMM.

4 & 5 Ogos : sekali lagi DPMM menjadi tempat pertemuan seluruh ahli cawangan yang bernaung dibawah PMRAM melalui Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi III yang berjaya dilaksanakan di Nadi Zahabiah, Mansurah.

Dengan bertemakan “Mendepani Ummah“, beberapa resolusi telah disepakati. Sejarah Kita 15 Tahun ( SEJAK 15 TAHUN ) merupakan medan perbincangan yang merangkumi pelbagai aspek bagi meningkatkan kematangan idealisme kemahasiswaan dalam mendepani cabaran semasa dan isu globalisasi sedunia.

DPMM mencatat sejarah apabila berjaya melahirkan seramai 6 orang graduan dan 45 orang graduanita dengan memperolehi pangkat tertinggi amat baik.

2008

Oktober : DPM Mansurah menerima kehadiran dan kunjungan dari Duta Kamus Miftah Nazrey Johari dalam lawatan promosi kamus Al Miftah di Mesir.

2009

Doto' Hassan Mohd Ali (Exco Kerajaan Selangor) telah datang ke DPJA untuk bertemu dengan anak-anak Selangor di Mansurah dan memberi kata-kata semangat untuk mahasiswa/wi.

DPM Mansurah menerima kunjungan istimewa daripada Ahli Parlimen Baling , Yb Ustaz Taib Azzamuddin.

Dalam saingan Piala Malaysia, Mansurah telah mara ke final dan menduduki tempat kedua selepas tumpas kepada Kelantan. Dalam saingan ini , Mansurah telah dinobatkan untuk menerima Anugerah Khas iaitu Fair Play.

2010

Mac : Isu mahasiswi-mahasiswi Qiraat tahun satu yang tidak dapat menduduki peperiksaan Al Azhar mendapat perhatian dan liputan akhbar di Malaysia.

April : Isu perpindahan dan pemusatan pelajar wafidin (asing) cawangan ke Kaherah menjadi isu hangat di Mesir. Beberapa tindakkan dan langkah bantahan menandakan ketidakpuasan hati terhadap perpindahan dan pemusatan wafidin cawangan ke Kaherah.

TEMAN 10 (Temasya Usrah Mansurah 2010) dan Sinergi 10 berjaya diadakan dengan melibatkan gabungan Muzakarah Berkelompok

Pada tahun 2010 , DPM Mansurah telah menerima kunjungan Syeikh Asyaraf Hasanain (Imam II Masjid Al Azhar sebanyak dua kali.

2011

Januari dan Feb : Krisis Revolusi 25 Januari telah memaksa seluruh ahli DPM Mansurah pulang ke Malaysia.

April : Program Syukur Bersama PMRAM atas nikmat dan peluang yang diberikan oleh Allah untuk menjejaki kembali ke Mesir setelah peristiwa 25 Januari.

DPM Mansurah telah menjemput Syeikh Mustafa An Nadawi untuk memberikan Muhadharah Ammah sempena kedatangan Ramadhan.


Mansurah atau nama lainnya bumi jazira al-ward adalah sebuah kawasan yang terkenal dengan kawasan pertanian. Bumi yang kaya dengan hasil tanaman buah-buahan dan sayuran ini adalah antara yang terbesar di mesir. Ini kerana kedudukan geografi mansurah yang di kelilingi Sungai Nile, menjadikan sungai nile punca air utama yang dapat menyuburkan tanaman serta sayuran yang menjadi sumber pendapatan utama rata-rata penduduk di wilayah ini. Antara tanaman yang popular di mansurah yang menjadi pilihan pengunjung terutama dari pelajar Malaysia seperti kebun anggur, limau dan juga khuh(appricot).

Antara Kebun yang akan di lawati :

1] Ladang kebun limau. kebiasaannya kebun ni akan di kunjungi bila musim sejuk. Dan sesuatu yang tidak akan di lepaskan oleh para pengunjung adalah bila dapat menikmati limau ini samada secara bayaran atau pun percuma. Limau pula terbahagi kepada banyak jenis. Antaranya, Limau jenis surroh dan yusufi.



2] Ladang Khuh (appricot). Lazimnya buah ini akan tumbuh bagai cendawan bila pertukaran musim antara musim sejuk ke musim panas. ini juga antara salah satu tempat yang akan di lawati. Lawatan ke kebun ini berbeza kerana mengikut musim keluaran buah tersebut.

3] Ladang anggur. kebun ini akan di lawati ketika musim panas. pengunjung bukan sahaja hanya dapat bergambar samata-mata malah dapat merasai nikmat manisan buahan ini tetapi bergantung kepada petugas kebun.


Selain daripada ladang buah-buahan antara tempat persinggahan sepanjang jaulah mansurah juga terdapat ladang sayuran seperti ladang gargil, kubis, bunga kubis, tentunya amat di kagumi. ini bergantung kepada budi bicara bersama musyrif dan sawwa' (pemandu).

Selain dari itu, mansurah juga terkenal dengan gedung tempat mencedok ilmu. Ini kerana ramai di antara tokoh-tokoh ulama' mesir atau wali yang kebanyakannya berasal dari sini dan telah membentuk pusat kemasyarakatan persendirian demi menyebarkan islam dan ilmu berkaitan agama kepada penduduk di sekitar Mansurah itu sendiri. Banyak maqam tokoh-tokoh wali dan ulama' ilmuan terulung Mesir dan juga pusat perkembangan ilmu boleh di ziarahi di mansurah antara Maqam dan pusat perkembangan ilmu As-syeikh Mutawalli as-Sya'rawi r.a ulama terulung di mansurah, Maqam dan pusat sebaran ilmu As-syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq r.a Syeikhul Akbar al-Azhar, Maqam Muhammad Ibnu Abu Bakr iaitu anak kepada sahabat nabi Abu Bakar as-Siddiq, dan Maqam Abdullah Ibnu Salam sahabat nabi yang menjadi perutusannya ke Mesir.

Antara Maqam yang akan di ziarahi :

1] As-syeikh Mutawalli as-Sya'rawi r.a
Belian yang dikagumi dan kematian yang ditangisi. beliau turut digelar sebagai "Lampu Kebenaran". Beliau yang dilahirkan pada 9 April 1911 di Kampung Mit Gham
r Daqhiliah Duqdos. Dan meninggal dunia pada usia 87 tahun. di kebumikan di kampungnya Doqdus.

Perjalanan kehidupannya pernah mengajar Maahad Dini Tanta, Maahad iskandariah, Maahad Zaqzig dan akhirnya di panggil oelh kerajaan Saudi pada tahun 1950 M untuk mengajar di Universiti al-Malik Abdul Aziz. Selepas tempoh 10 tahun, beliau pulang semula ke mesir dan di lantik sebagai Timb. Mudir di Maahad Tanta 1960M. Pada tahun yang sama di naikkan pangkat menjadi Menteri Waqaf@ Wazir Auqaf sebagai Menteri Hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1976M beliau bertugas di bawah kementerian Hal Ehwal al-Azhar. Beliau yang juga seorang yang aktif juga menjadi anggota Majma' Bu'uth Islamiah, Majma' Syura al-Azhar, dan juga anggota Lughah Arabiah.

2] Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq r.a

Beliau di lahirkan di sebuah kawasan disebut sebagai Batruh di Muhafazah Daqhahliyah pada tahun 1917M. Sejak kecil lagi telah menghafal al-Quran. Pendidikan awal di maahad Ahmadi di Tonto dan beliau mempelajari Mazhab Hanafi. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di kuliah syariah dan mendapat sijil 'Alamiah atau Phd pada tahun 1943. Selepas itu, beliau membuat tahassus dalam bidang kehakiman syarie dan mendapat ijazah pada tahun 1945M. Kemudiannya, beliau menjawat jawatan pegawai di mahkamah syariah. Seterusnya menjadi penasihat bagi mahkamah-mahkamah syariah. Seterusnya di lantik menjadi Mufti Mesir pada tahun 1978M. Kemudian menjadi salah seorang anggota di Majma' Buhus Islamiah pada tahun 1980M. Dan pada tahun 1982M beliau di lantik menjadi Syeikhul Azhar yang ke-42.

3] Muhammad ibnu Abu Bakr

Dilahirkan pada 5 Zulkaedah 10H, Meninggal dunia pada tahun ke-38 H. Beliau merupakan anak kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau sejak kecil mendapat pendidikan daripada bapanya sendiri dan telah menghafaz al-Quran sejak usia masih kecil lagi. Berlaku khilaf tentang di mana terletaknya maqam beliau : samada di Madinah Munawwarah atau Mit Damsis.

Perjalanan hidup beliau, Muhammad Bin Abu Bakr telah dilantik menjadi Gabenor oleh Khalifah Ali bagi menggantikan Amru al-Asr. Beliau telah menjadikan Mansoura sebagai pusat pentadbiran beliau. Antara lain beliau juga seorang qodi yang sangat di sedani dan menjadi tempat rujukan kepada masyarakat ramai dalam pelbagai masalah agama, contohnya dalam mesalah feqah dan sebagainya.

4] Abdullah B. Salam
Beliau merupakan sahabat kubra yang hidup sezaman rasulullah s.a.w. Beliau adalah keturunan Nabi Zakaria dan Nabi Ishak. Beliau juga salah seorang daripada 10 orang yang di jamin Nabi untuknya syurga. Beliau memasuki Mesir ketika pembukaan Mekkah bersama Amru al-Asr. Beliau seorang pendita dan ketua yang cukup berpengaruh di kalangan orang-orang yahudi. terdapat jugak khilafiah di mana terletaknya maqam beliau antara kaherah dan simbalawin.


Antara peristiwa yang berkaitan dengannya,
Rasulullah pernah bertanya kepada orang-orang yahudi:
~ "Apa pendapat kamu tentang Abdullah B. Salam?" Lalu mereka menjawab, "Beliau ketua kami, beliau adalah orang yang kami sayangi, beliau adalah orang yang kami cintai,"

~ "Apa pendapat kamu kalau aku katakan beliau telah memeluk islam?" Lalu mereka menjawab, kami akan memulau dan memusuhi beliau sesungguh-sungguhnya."

Selepas memeluk islam, beliau telah mengadakan baiah dengan Rasulullah dalam banyak perkara.

Di dalam buku tasawuf ada menyebutkan beliau ada menanyakan lebih 10 soalan kepada Rasulullah sebelum memeluk agama islam.

Antara soalannya:
~ "Mengapakah anak yang dilahirkan menyerupai bapanya?"Lalu di jawap oleh rasulullah dengan sopan atau cukup sfesifik, "sebab bapanya inzal terlebih dahulu daripada ibunya,"

~ "Mengapakah anak yang dilahirkan menyerupai ibunya?"
lalu jawap oelh Rasulullah dengan sopan bahawa ibunya inzal terlebih dahulu daripada bapanya.


Kesan Peninggalan Perkampungan Yahudi

Zaman pemerintahan Firaun Ramsis II telah membina ibu negeri bagi mengawal pemerintahannya di sebelah barat dan persisiran pantai Mesir. Kubu Firaun ini juga terbina dengen lorong bawah tanah bagi batalion askar Firaun ketika itu. Antara yang terpenting adalah kesan runtuhan kota Firaun yang terletak 7 km dari Simbilawin. Tempat ini merupakan kota pemerintahan Ramsis II dan anaknya Munqa'. Mansurah pernah didiami oleh kaum Yahudi berdasarkan kesan perkampungan mereka di sekitar Mansurah. Antara tempat kesan peninggalan perkampungan yahudi salah satunya adalah antara perjalanan sebelum sampai ke Maqam Abdullah Bin Salam.


Raksu al-Bar (pertemuan Dua Laut)

Antara destinasi lain yang menjadi lawatan di Jaulah Sekitar Mansurah adalah tidak lain tidak bukan akan di akhiri dengan istirehat di raksu al-Bar di sebelah petang sambil berhenti rehat untuk makan makanan bekalan yang di bawa. Di sini juga di sediakan tempat solat (musolla), kedai, tempat makan, dan juga kawasan untuk bergambar. Begitulah serba sedikit coretan yang dapat kami berikan serta kongsikan untuk di jadikan panduan bagi pengunjung yang ingin berjaulah ke Mansurah. Mudah-mudahan tempat yang kami maklumankan ini menjadi destinasi pilihan anda terutama bagi pengunjung dari kalangan pelajar penuntut malaysia di segenap muhafazah lain yang berada di Mesir.

Ahlan-Ahlan fil-Mansurah.

FAKTA RINGKAS MESIR


NAMA RASMI NEGARA
: Junhuriah Misr Al ‘Arabiah @ Arab Republic of Egypt, (anggota tetap Liga Arab mulai 22 Mac 1946)

IBU KOTA : Kaherah

MERCU TANDA : Cairo Tower

KOD TELEFON : 007 – 202 -......

LOKASI : Terletak di Benua Afrika, Latitut : 30.03 N (Utara) Longtitut : 31.15 E (Timur)

KELUASAN : 386,660 batu persegi

Batas Darat : 1,671,2 batu persegi

Garis Pantai : 1,522,7 batu persegi


SEMPADAN NEGARA
:

1- Mesir ke Israel : 225 km

2- Mesir (Matruh) ke Libya : 1,150 km

3- Mesir (Halayib) ke Sudan : 12,273 km


JARAK DIANTARA MESIR DAN MALAYSIA : 4,939 batu (8,230 km)


PERBEZAAN MASA

: 5 jam pada musim panas

: 6 jam pada musim sejuk


MUSIM
:

1- Musim Panas ( Mei – Julai )

2- Musim Gugur ( Ogos – Oktober )

3- Musim Sejuk ( November – Januari )

4- Musim Bunga ( Februari – April )


SUHU TERTINGGI
: + 43 Calcius

SUHU TERENDAH : + 5 Calcius

BAHASA PENGHANTAR : Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Perancis turut dipertuturkan dalam urusan rasmi, komunikasa, dan pembelajaran.

LAGU KEBANGSAAN : Bilady, Bilady, Bilady

AGAMA ANUTAN : Muslim ( Sunni ) 94 %, Lain-lain agama 6 %

ETNIK : Arab, Qibti, Noubi ( Selatan Mesir ), Circassia ( keturunan Asia Tengah ) dan lain-lain.


KOMPOSISI PENDUDUK

Sebahagian besar penduduk Mesir mendiami Tebing Timur Sungai Nil kerana factor sejarah dan geografi. Faktor sejarah kerana bangsa Mesir kuno menyembah matahari, mereka beranggapan bahawa matahari yang terbit dari timur adalah simbol kehidupan, semantara di barat pula adalah simbol kematian. Disebabkan itu Firaun dikebumikan di Tebing Barat Sungai Nil, sementara bandar-bandar dan kampong dibina di belahan Timur. Lantaran itu juga Piramid yang menjadi kuburan Firaun, Candi-Candi di Karnak, Dandara dan lain-lain tempat ibadat Mesir kuno dibina di tebing barat Nil.Faktor geografi pula kerana Sungai Nil memisahkan antara Barat dan Timur. Belahan timur adalah kawasan pertanian yang subur dan sesuai bagi penempatan manusia sama ada di Bandar atau kampung.


KEPENDUDUKAN
:

Jumlah penduduk : 58,862,647 ( 1994 )

Nisbah doktor bagi setiap penduduk : 1 : 1,320

Kadar celek huruf : 40 % ( 60 % buta huruf - 1996 )

Kadar kelahiran bayi : 2.2 %

Kadar kematian bayi : 41 %

Jangka hayat penduduk : 64 tahun

Kadar pertambahan penduduk : 58.9 %

Kadar pertumbuhan penduduk di Bandar : 44 %


MAKANAN ASASI : Gandum, ( roti isy ), nasi dan lain-lain

SISTEM PEMERINTAHAN : Republik

PRESIDEN : Mohd Husni Mubarak ( sejak tahun 1981 )

PARTI-PARTI POLITIK UTAMA :

National Democratik Party ( NDP )

Socialist Liberal Party

Socialist Labor Party

National Progressive Unionist Grouping

Umma Party


HARI KELEPASAN UMUM :
Sammu Nasim - April

Tahrir Sina ( Pembebasan Sina ) – 24 April

Saurah ( Revolusi ) – 23 Julai

Wafa’ Al-Nil – Pertengahan Bulan Ogos

Hari Tentera – 6 Oktober

Perayaan Bandar Suez dan Kebangkitan Rakyat – 23 Oktober

Hari Raya Aidil Fitri

Hari Raya Aidil Adha

Maulidul Rasul

Awal Muharam


HASIL PERTANIAN : Tebu, Tomato, Jagung, Gandum, Padi, Kapas, Kurma, Barli dan lain-lain.

BAHAN GALIAN UTAMA: Petroleum, Gas asli, Bijih Besi dan lain-lain.

PERINDUSTRIAN UTAMA: Pembuatan Simen, Baja, Aluminium, Kapas, Gula dan lain-lain.

PENTERNAKAN: Kambing, Kibas, Unta, Ayam, Itik dan lain-lain.

PENGAIRAN: Sungai Nil (Terpanjang di dunia, 4161 batu)




FAKTA RINGKAS MANSURAH


Mansurah sebuah bandar yang mencatatkan peristiwa dan kesan sejarah, meliputi dinasti Firaun, pemerintahan Rom, perkembangan ajaran Kristian dan kemasukan Islam. Mansurah antara yang dikenali sebagai sebuah kuasa besar dalam tamadun Islam di rantau benua Afrika.Sejarah silamnya boleh disimpulkan seperti Berikut :

1.Istana firaun dan perkampungan Yahudi.

Zaman pemerintahan Firaun Ramsis II telah membina ibu negeri bagi mengawal pemerintahannya di sebelah barat dan persisiran pantai Mesir. Kubu Firaun ini juga terbina dengen lorong bawah tanah bagi batalion askar Firaun ketika itu. Antara yang terpenting adalah kesan runtuhan kota Firaun yang terletak 7 km dari Simbilawin. Tempat ini merupakan kota pemerintahan Ramsis II dan anaknya Munqa'. Mansurah pernah didiami oleh kaum Yahudi berdasarkan kesan perkampungan mereka di sekitar Mansurah.

2.Dinasti Rom.


Pemerintahan Dinasti Rom banyak terdapat kesannya di daerah Bilqas. Terdapat beberapa tugu, rumah ibadat dan bianaan lain yang ditinggalkan sebagai tinggalan sejarah.

3.Sejarah perkembangan ajaran Kristian.

Mansurah dikenali sebagai rumah suci dan kota peribadatan bagi pengikut ajaran Masihi. Di sebelah utara Mansurah terdapat kubur seorang Hawariyyun Nabi Isa a.s. bernama Ajarjis. Beliau mengembangkan ajaran Kristian bagi rantau Afrika ; Mesir, Uthopia, Sudan, Nigeria dan Kenya. Pada tanggal 23 September setiap tahun diadakan raptai ulangtahun pembaptisan bumi Mesir sebagai bumi Al-Masih dengan kedatangan Majarjis, yang mana gereja Majarjis adalah gereja yang tertua di Mansurah.

4.Kemasukan Islam dan tamadun ilmu.

Kemasukan sejarah Islam ke pelusuk Mansurah melalui pantai ‘Arish di bawah pimpinan Komander Amru Bin Al-As (radiyallahu anh), zaman Khalifah Amir Al-Mukminin Umar Al–Khattab (radiyallahu anh) dan batalion Qa’-Qa’ At-Tamimi (radiyallahu anh) yang membuka kota Iskandariah dan pusat pemerintahan Rom.Nama “ al-Mansurah” diambil sempena kemenangan Umat Islam dalam menentang Tentera Salib.

Nama tersebut membawa maksud "suatu pertolongan daripada Allah s.w.t.". Ia diasaskan sebagai ibu negeri Dakahliah oleh Raja Kamil al-Ayyubi pada tahun 1219 M.Sebagai tanda memperingati jasa dan bakti mujahidin yang gugur dalam perjuangan menyebarkan syiar islam, sebuah tugu peringatan dibina bagi para syuahada yang terpahat kukuh nama-nama mereka di batu tersebut. Ianya terletak dipersimpangan jalan menuju ke Gedela dan di sana juga terdapat Taman Haiwan Mansurah.Terdapat sebuah muzium di medan Sikkah Jadidah yang dikenali sebagai "Dar Ibn Luqman". Kawasan tersebut penah menjadi tempat tahanan Raja Louis IX ketika berlakunya perang salib di Mesir. Rakyat Daqahliah juga memainkan peranan dalam gerakan revolusi Islam pada 1919.

Mansurah telah melahirkan beberapa tokoh agamawan yang terkenal di seluruh dunia. Antaranya Almarhum Syeikh Muhammad Al-Ghazali, ahli intelektual Islam; Almarhum syeikh Khalid Muhaamad Khalid, seorang mufakkir Islam; Almarhum Syeikh Jad Al-Haq, mantan Syeikhul Azhar; Almarhum Syeikh Mutawalli As-Sya'rawi, seorang ulama Mesir; Almarhum Syeikh Muhammad Abdul Rahman dan lain-lain lagi.

Photobucket