Picture

Mansurah atau nama lainnya bumi jazira al-ward adalah sebuah kawasan yang terkenal dengan kawasan pertanian. Bumi yang kaya dengan hasil tanaman buah-buahan dan sayuran ini adalah antara yang terbesar di mesir. Ini kerana kedudukan geografi mansurah yang di kelilingi Sungai Nile, menjadikan sungai nile punca air utama yang dapat menyuburkan tanaman serta sayuran yang menjadi sumber pendapatan utama rata-rata penduduk di wilayah ini. Antara tanaman yang popular di mansurah yang menjadi pilihan pengunjung terutama dari pelajar Malaysia seperti kebun anggur, limau dan juga khuh(appricot).

Antara Kebun yang akan di lawati :

1] Ladang kebun limau. kebiasaannya kebun ni akan di kunjungi bila musim sejuk. Dan sesuatu yang tidak akan di lepaskan oleh para pengunjung adalah bila dapat menikmati limau ini samada secara bayaran atau pun percuma. Limau pula terbahagi kepada banyak jenis. Antaranya, Limau jenis surroh dan yusufi.



2] Ladang Khuh (appricot). Lazimnya buah ini akan tumbuh bagai cendawan bila pertukaran musim antara musim sejuk ke musim panas. ini juga antara salah satu tempat yang akan di lawati. Lawatan ke kebun ini berbeza kerana mengikut musim keluaran buah tersebut.

3] Ladang anggur. kebun ini akan di lawati ketika musim panas. pengunjung bukan sahaja hanya dapat bergambar samata-mata malah dapat merasai nikmat manisan buahan ini tetapi bergantung kepada petugas kebun.


Selain daripada ladang buah-buahan antara tempat persinggahan sepanjang jaulah mansurah juga terdapat ladang sayuran seperti ladang gargil, kubis, bunga kubis, tentunya amat di kagumi. ini bergantung kepada budi bicara bersama musyrif dan sawwa' (pemandu).

Selain dari itu, mansurah juga terkenal dengan gedung tempat mencedok ilmu. Ini kerana ramai di antara tokoh-tokoh ulama' mesir atau wali yang kebanyakannya berasal dari sini dan telah membentuk pusat kemasyarakatan persendirian demi menyebarkan islam dan ilmu berkaitan agama kepada penduduk di sekitar Mansurah itu sendiri. Banyak maqam tokoh-tokoh wali dan ulama' ilmuan terulung Mesir dan juga pusat perkembangan ilmu boleh di ziarahi di mansurah antara Maqam dan pusat perkembangan ilmu As-syeikh Mutawalli as-Sya'rawi r.a ulama terulung di mansurah, Maqam dan pusat sebaran ilmu As-syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq r.a Syeikhul Akbar al-Azhar, Maqam Muhammad Ibnu Abu Bakr iaitu anak kepada sahabat nabi Abu Bakar as-Siddiq, dan Maqam Abdullah Ibnu Salam sahabat nabi yang menjadi perutusannya ke Mesir.

Antara Maqam yang akan di ziarahi :

1] As-syeikh Mutawalli as-Sya'rawi r.a
Belian yang dikagumi dan kematian yang ditangisi. beliau turut digelar sebagai "Lampu Kebenaran". Beliau yang dilahirkan pada 9 April 1911 di Kampung Mit Gham
r Daqhiliah Duqdos. Dan meninggal dunia pada usia 87 tahun. di kebumikan di kampungnya Doqdus.

Perjalanan kehidupannya pernah mengajar Maahad Dini Tanta, Maahad iskandariah, Maahad Zaqzig dan akhirnya di panggil oelh kerajaan Saudi pada tahun 1950 M untuk mengajar di Universiti al-Malik Abdul Aziz. Selepas tempoh 10 tahun, beliau pulang semula ke mesir dan di lantik sebagai Timb. Mudir di Maahad Tanta 1960M. Pada tahun yang sama di naikkan pangkat menjadi Menteri Waqaf@ Wazir Auqaf sebagai Menteri Hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1976M beliau bertugas di bawah kementerian Hal Ehwal al-Azhar. Beliau yang juga seorang yang aktif juga menjadi anggota Majma' Bu'uth Islamiah, Majma' Syura al-Azhar, dan juga anggota Lughah Arabiah.

2] Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq r.a

Beliau di lahirkan di sebuah kawasan disebut sebagai Batruh di Muhafazah Daqhahliyah pada tahun 1917M. Sejak kecil lagi telah menghafal al-Quran. Pendidikan awal di maahad Ahmadi di Tonto dan beliau mempelajari Mazhab Hanafi. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di kuliah syariah dan mendapat sijil 'Alamiah atau Phd pada tahun 1943. Selepas itu, beliau membuat tahassus dalam bidang kehakiman syarie dan mendapat ijazah pada tahun 1945M. Kemudiannya, beliau menjawat jawatan pegawai di mahkamah syariah. Seterusnya menjadi penasihat bagi mahkamah-mahkamah syariah. Seterusnya di lantik menjadi Mufti Mesir pada tahun 1978M. Kemudian menjadi salah seorang anggota di Majma' Buhus Islamiah pada tahun 1980M. Dan pada tahun 1982M beliau di lantik menjadi Syeikhul Azhar yang ke-42.

3] Muhammad ibnu Abu Bakr

Dilahirkan pada 5 Zulkaedah 10H, Meninggal dunia pada tahun ke-38 H. Beliau merupakan anak kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau sejak kecil mendapat pendidikan daripada bapanya sendiri dan telah menghafaz al-Quran sejak usia masih kecil lagi. Berlaku khilaf tentang di mana terletaknya maqam beliau : samada di Madinah Munawwarah atau Mit Damsis.

Perjalanan hidup beliau, Muhammad Bin Abu Bakr telah dilantik menjadi Gabenor oleh Khalifah Ali bagi menggantikan Amru al-Asr. Beliau telah menjadikan Mansoura sebagai pusat pentadbiran beliau. Antara lain beliau juga seorang qodi yang sangat di sedani dan menjadi tempat rujukan kepada masyarakat ramai dalam pelbagai masalah agama, contohnya dalam mesalah feqah dan sebagainya.

4] Abdullah B. Salam
Beliau merupakan sahabat kubra yang hidup sezaman rasulullah s.a.w. Beliau adalah keturunan Nabi Zakaria dan Nabi Ishak. Beliau juga salah seorang daripada 10 orang yang di jamin Nabi untuknya syurga. Beliau memasuki Mesir ketika pembukaan Mekkah bersama Amru al-Asr. Beliau seorang pendita dan ketua yang cukup berpengaruh di kalangan orang-orang yahudi. terdapat jugak khilafiah di mana terletaknya maqam beliau antara kaherah dan simbalawin.


Antara peristiwa yang berkaitan dengannya,
Rasulullah pernah bertanya kepada orang-orang yahudi:
~ "Apa pendapat kamu tentang Abdullah B. Salam?" Lalu mereka menjawab, "Beliau ketua kami, beliau adalah orang yang kami sayangi, beliau adalah orang yang kami cintai,"

~ "Apa pendapat kamu kalau aku katakan beliau telah memeluk islam?" Lalu mereka menjawab, kami akan memulau dan memusuhi beliau sesungguh-sungguhnya."

Selepas memeluk islam, beliau telah mengadakan baiah dengan Rasulullah dalam banyak perkara.

Di dalam buku tasawuf ada menyebutkan beliau ada menanyakan lebih 10 soalan kepada Rasulullah sebelum memeluk agama islam.

Antara soalannya:
~ "Mengapakah anak yang dilahirkan menyerupai bapanya?"Lalu di jawap oleh rasulullah dengan sopan atau cukup sfesifik, "sebab bapanya inzal terlebih dahulu daripada ibunya,"

~ "Mengapakah anak yang dilahirkan menyerupai ibunya?"
lalu jawap oelh Rasulullah dengan sopan bahawa ibunya inzal terlebih dahulu daripada bapanya.


Kesan Peninggalan Perkampungan Yahudi

Zaman pemerintahan Firaun Ramsis II telah membina ibu negeri bagi mengawal pemerintahannya di sebelah barat dan persisiran pantai Mesir. Kubu Firaun ini juga terbina dengen lorong bawah tanah bagi batalion askar Firaun ketika itu. Antara yang terpenting adalah kesan runtuhan kota Firaun yang terletak 7 km dari Simbilawin. Tempat ini merupakan kota pemerintahan Ramsis II dan anaknya Munqa'. Mansurah pernah didiami oleh kaum Yahudi berdasarkan kesan perkampungan mereka di sekitar Mansurah. Antara tempat kesan peninggalan perkampungan yahudi salah satunya adalah antara perjalanan sebelum sampai ke Maqam Abdullah Bin Salam.


Raksu al-Bar (pertemuan Dua Laut)

Antara destinasi lain yang menjadi lawatan di Jaulah Sekitar Mansurah adalah tidak lain tidak bukan akan di akhiri dengan istirehat di raksu al-Bar di sebelah petang sambil berhenti rehat untuk makan makanan bekalan yang di bawa. Di sini juga di sediakan tempat solat (musolla), kedai, tempat makan, dan juga kawasan untuk bergambar. Begitulah serba sedikit coretan yang dapat kami berikan serta kongsikan untuk di jadikan panduan bagi pengunjung yang ingin berjaulah ke Mansurah. Mudah-mudahan tempat yang kami maklumankan ini menjadi destinasi pilihan anda terutama bagi pengunjung dari kalangan pelajar penuntut malaysia di segenap muhafazah lain yang berada di Mesir.

Ahlan-Ahlan fil-Mansurah.

0 Response for the "Tempat Lawatan Sekitar Mansurah"